Sunday, September 25, 2011
Era menyanyi
Era Fm setiap hari isnin hingga jumaat ada Jangan lupa nyanyi. Nampak macam senang tetapi ada juga yang salah lirik lagu bila disuruh menyambung lirik lagu. Best juga ya banyak hadiah yang ditawarkan apabila dapat menyambung lirik itu seperti minyak wangi.wang dan banyak lagi
Saturday, September 24, 2011
Aznil lompat
Aznil baru mendapat anugerah Most Inspirational Host di TV3 Mykids Award. Lucu betul bila menjadi pengacara jemputan untuk memberikan anugerah kepada pemenang tiba-tiba diri sendiri pula mendapat anugerah. Aznil seperti terkejut sampai terlompat-lompat dan terguling-guling.
Friday, September 23, 2011
Jangan sedih
Semestinya kita akan berasa sedih apabila kehilangan sesuatu yang disayangi. Tapi sampai bila kita harus bersedih? Kerana benda yang telah terjadi tidak akan kembali lagi walaupun kita tangisi kehilangan tersebut. Kita harus tabah menghadapi hari-hari yang bakal datang kerana banyak perkara bakal tiba pada masa akan datang yang mungkin kita tahu. Yang kehilangan sesuatu itu mungkin merupakan perkara terbaik.
Thursday, September 22, 2011
Kecewa
Kita pasti berasa kecewa apabila sesuatu perkara yang diharapkan tidak terjadi seperti yang telah dirancangkan daripada awal. Bagaimana pun kita harus teruskan kehidupan walaupun perkara yang dirancangkan tidak seperti yang diinginkan. Mungkin perancangan kita yang pertama tidak berjalan dengan lancar tetapi bagaimana yang kedua atau yang ketiga dan seterusnya? Mungkin akan berjalan dengan lancar seperti yang dinginkan. Jadi, tidak harus berputus asa dan sentiasa mencuba.
Thursday, September 15, 2011
Lama
Sudah 1 bulan 4 minggu tidak menulis di blog ini. Dalam ketika itu, memang masa yang amat gembira sehingga saya lupa tentang blog ini. Masa tetap berjalan samada anda gembira mahupun tidak. Wahh banyak pengalaman saya belajar dalam ketika ini tapi sukar untuk diluahkan semuanya kerana jika diceritakan memang panjang ceritanya haisy. Tak mengapalah kalau ada masa saya akan tulis lagi yehh
Subscribe to:
Posts (Atom)