Wednesday, May 18, 2011

Masa

Masa yang berlalu tidak dapat berulang lagi dan semuanya tinggal kenangan. Jika diberikan pilihan tahun lepas adalah masa yang paling indah dalam hidup saya. Jika masa dapat diulang semula saya berharap dapat kembali pada tahun lepas tapi semuanya adalah mustahil. Bila difikirkan semula bukan semua benda dapat kita miliki dengan wang ringgit kerana bukan semuanya dapat dibeli menggunakan wang terutama cinta. Jadi hargailah waktu disebabkan waktu akan berjalan tanpa berhenti,jika terlepas masa itu semuanya tidak berguna lagi.

Friday, May 13, 2011

Kenangan

Kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah saat manis dengan orang yang sangat disayangi dan dicintai, Namun kadang-kadang orang cuba melupakan kenangan yang pernah dilalui.Sebenarnya amat sukar bila kita mencintai seseorang kita cuba untuk melupakannya,ini akan membuatkan kita mengalirkan air mata tanpa kita sedari.Walaubagaimana kita telah melupakan kenangan tersebut tentu ada sedikit kesan yang tinggal dalam diri kita.