Wednesday, November 23, 2011

Aznil letak jawatan penyampai radio Era

Terbaca dalam surat khabar mengatakan Aznil telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Era untuk menumpukan perhatian kepada pengacaraan televisyen. Saya seperti tidak percaya apa yang telah saya baca. Tapi harus percaya sebab tertulis sedemikian. Bila membaca surat khabar tersebut teringat pula bagaimana mengenali Aznil. Hendak keluar dari topik Aznil meletakkan jawatan terlebih dahulu dan ingin bercerita bagaimana saya mengenali Aznil.

Baru mengenali Aznil atau lebih saya memanggilnya Pak Nil. Tidak juga baru mengenalinya. Saya kenal Pak Nil sejak bulan February tahun ini. Kalau diingat kembali kenapa baru saya kenal Pak Nil bulan February sedangkan Pak Nil berada dalam bidang pengacaraan selama 21 tahun. Sebabnya pun saya kurang tahu tapi seingat saya, Saya mengenalinya apabila terdengar suaranya di radio Era semasa saya buka radio Era Fm secara online kalau tidak silap saya jam 9.30 pagi begitu. Minat mendengar suara,gelak ketawanya tanpa mengenalinya. Pertama kali tidak tahu jam berapa Riuh Pagi Era ini mula siarannya. Cuba jam 8.00 pagi terdengar suaranya kelihatannya seperti awal sudah bersiaran. Jadi cuba untuk bangun awal untuk buka siaran radio Era kalau tidak silap saya jam 6.45 pagi. Sejak dari itu saya tahu Riuh Pagi Era yang ada mempunyai suara paknil mula jam 6.00 pagi. Mulalah satu rutin baru sampai hari ini iaitu bangun jam 5.00 pagi,5.30 pagi atau paling lewat jam 5.45 pagi mesti bangun nak dengar suara Pak Nil.

Mula tahu yang paknil ini ialah pengacara apabila Pak Nil mengatakan akan menjadi pengacara Akademi Fantasia 9. Tidak sangka yang paknil saya kenal ini ialah pengacara yang popular bukan sekadar penyampai radio. Setakat ini saja ceritanya. Kalau diceritakan lagi sungguh melucukan. Berbalik kepada topik yang asal. Aznil telah menjadi penyampai radio Era dari sejak tahun 2009 lagi dan bakal meninggalkan stesen radio Era hujung bulan ini.

Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Cantik sungguh tarikh pada esok hari 11.11.11. Tentu ramai yang ingin berkahwin dan melahirkan anak untuk mudah mengingati tarikh tersebut. Tarikh ini jarang boleh didapati. Jika ingin mendapatkan tarikh ini lagi tentu harus menunggu masa yang lama.

Saturday, October 29, 2011

Aznil Hj Nawawi datang Sabah

Aznil Hj Nawawi datang ke Kota Kinabalu, Sabah bersama dengan Ray dan Haniff selama 5 hari. Jadi Riuh Pagi Era akan menerusi Era KK dan juga bersiaran menerusi webcast yang boleh melihat mereka secara live. Memang menyeronokkan melihat gelagat mereka di balik tabir. Best juga tengok mereka berjalan di sekitar Kota Kinabalu. Hari pertama mereka hanya di hotel disebabkan penerbangan mereka sampai jam 8.05 malam.

Hari kedua memang menyeronokkan kerana mereka ke Tunku Abdul Rahman Park untuk Pengalaman Sea Walking.


Gambar Pak Nil,Ray dan Haniff sebelum memulakan Sea Walking


Gambar Pak Nil semasa di Pulau Sapi

Lepas itu. Pak Nil ke Pusat Kraftangan,Menara Tun Mustapha, Signal Hill, dan lain-lain.Kemudian makan malam di Kg. Nelayan Seafood Restaurant anjuran Lembaga Pelancongan Sabah.


Gambar Pak Nil di Signal Hill

Wah hari ketiga, Pak Nil kembali bekerja di Riuh Pagi Era bersiaran di Era KK 102.4. Pak Nil memang lucu sekali kerana ingatkan datang sabah hanya duduk di hotel,makan dan shopping saja dan tidak membuat aktiviti. Jadi hari ini Pak Nil ke Kiulu untuk sukan White water rafting.


Gambar Pak Nil yang sedia untuk membuat White water rafting


Gambar ketika mula membuat White water rafting

Sempat lagi Pak Nil,Ray dan Haniff membuat lawatan dan makan malam di Mari Mari Cultural Village

Hari keempat tetap bersiaran seperti biasa dari Kota Kinabalu,Sabah. Hari ini ialah hari terakhir bagi Pak Nil,Ray dan Haniff masuk konti Era KK. Lucu betul bila tengok di live streaming apabila melihat kelakuan mereka yang lucu terutama ketika mereka memakai baju suku kaum di Sabah.


Ini adalah gambar ketika Pak Nil,Ray dan Haniff ketika bersiaran di Era Fm KK sambil memakai baju Suku kaum Sabah

Selepas Pak Nil,Ray dan Haniff tamat siaran di Era Fm KK mereka ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikut skuad Era KK. Kemudian mereka ke bahagian kaki Gunung Kinabalu.


Gambar Pak Nil di kaki Gunung Kinabalu

Semasa hari terakhir di KK. Pak Nil akan berjumpa dengan peminat-peminat di KK di 1 Borneo pada jam 12 tengahhari ini.

Gambar yang didalam blog ini diambil daripada fanpage Pak Nil ( AZNIL HJ NAWAWI ) dan juga gambar yang Pak Nil pamerkan di Twitter ( @aznilnawawiHM ).
Saya berharap 1 hari nanti saya dapat berjumpa dengan Pak Nil.

Sunday, October 9, 2011

Fikiran??

Membenci orang itu tapi rindu?? Aduhh susah kalau begitu. Makin dicuba untuk membenci tapi makin ingat dengan orang itu mungkin tidak harus membenci orang itu. Bila tidak benci,rindu itu makin lama akan makin hilang

Sunday, September 25, 2011

Era menyanyi

Era Fm setiap hari isnin hingga jumaat ada Jangan lupa nyanyi. Nampak macam senang tetapi ada juga yang salah lirik lagu bila disuruh menyambung lirik lagu. Best juga ya banyak hadiah yang ditawarkan apabila dapat menyambung lirik itu seperti minyak wangi.wang dan banyak lagi

Saturday, September 24, 2011

Aznil lompat

Aznil baru mendapat anugerah Most Inspirational Host di TV3 Mykids Award. Lucu betul bila menjadi pengacara jemputan untuk memberikan anugerah kepada pemenang tiba-tiba diri sendiri pula mendapat anugerah. Aznil seperti terkejut sampai terlompat-lompat dan terguling-guling.

Friday, September 23, 2011

Jangan sedih

Semestinya kita akan berasa sedih apabila kehilangan sesuatu yang disayangi. Tapi sampai bila kita harus bersedih? Kerana benda yang telah terjadi tidak akan kembali lagi walaupun kita tangisi kehilangan tersebut. Kita harus tabah menghadapi hari-hari yang bakal datang kerana banyak perkara bakal tiba pada masa akan datang yang mungkin kita tahu. Yang kehilangan sesuatu itu mungkin merupakan perkara terbaik.

Thursday, September 22, 2011

Kecewa

Kita pasti berasa kecewa apabila sesuatu perkara yang diharapkan tidak terjadi seperti yang telah dirancangkan daripada awal. Bagaimana pun kita harus teruskan kehidupan walaupun perkara yang dirancangkan tidak seperti yang diinginkan. Mungkin perancangan kita yang pertama tidak berjalan dengan lancar tetapi bagaimana yang kedua atau yang ketiga dan seterusnya? Mungkin akan berjalan dengan lancar seperti yang dinginkan. Jadi, tidak harus berputus asa dan sentiasa mencuba.

Thursday, September 15, 2011

Lama

Sudah 1 bulan 4 minggu tidak menulis di blog ini. Dalam ketika itu, memang masa yang amat gembira sehingga saya lupa tentang blog ini. Masa tetap berjalan samada anda gembira mahupun tidak. Wahh banyak pengalaman saya belajar dalam ketika ini tapi sukar untuk diluahkan semuanya kerana jika diceritakan memang panjang ceritanya haisy. Tak mengapalah kalau ada masa saya akan tulis lagi yehh

Thursday, July 21, 2011

Transformasi kehidupan

Dalam kehidupan kita selalu inginkan yang terbaik tapi pernahkah anda tahu bagaimana cara untuk transformasi kehidupan?

1.Adakah seseorang akan berasa kehilangan apabila kamu tidak kerja di sana lagi?

2.Apakah sebab anda melakukan sesuatu kerja tersebut?

3.Adakah kamu ingin berjaya dalam kerja tersebut?

Tanyalah kepada diri soalan ini dan anda akan tahu bagaimana hendak tranformasi diri anda untuk menjadi lebih baik. Transformasi kehidupan anda dengan perkara yang paling berfaedah dalam kehidupan

Thursday, June 23, 2011

Cerita


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
...
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Friday, June 10, 2011

Saat bertemu


Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi, haruslah ...berusaha memperoleh kesempatan untuk bersamanya seumur hidupmu.
Karena ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat dipercaya, rukunlah bersamanya.
Karena seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah ditemukan.
...
Saat bertemu penolongmu, Ingat untuk bersyukur padanya. Karena dialah yang mengubah hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah kau cintai, ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih. Karena dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih.

Saat bertemu orang yang pernah kau benci, sapalah dengan tersenyum.
Karena dia membuatmu semakin teguh dan kuat.

Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu, baik2lah berbincang dengannya. Karena jika bukan karena dia, hari ini kau tak memahami dunia ini.

Saat bertemu orang yang pernah diam-diam kau cintai, Do'akanlah dia. Karena saat kau mencintainya, bukankah berharap dia bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu, Berterimakasihlah bahwa dia pernah ada dalam hidupmu. Karena dia adalah bagian dari masa lalumu.

Saat bertemu orang yang pernah salah paham padamu, gunakan saat tersebut untuk menjelaskannya. Karena engkau mungkin hanya punya satu kesempatan itu saja untuk menjelaskan.

Saat bertemu orang yang saat ini menemanimu seumur hidup, berterimakasihlah sepenuhnya bahwa dia mencintaimu. Karena saat ini kalian mendapatkan kebahagiaan dan cinta sejati. 

Tuesday, June 7, 2011

Hairan

Kenapa ya semua benda yang saya sayang akan pergi meninggal saya sendiri??sedangkan saya senang bersama dengan mereka?

Friday, June 3, 2011

Gembira??

Kadangkala terfikir cukup gembira bersama dengan orang yang kita sayang walaupun kita tidak pernah berhubung lagi tapi kadangkala tidak pula. Jika difikir kembali kita beruntung kerana dapat bersama walaupun waktu kita bersama adalah sebentar sahaja kerana mempunyai banyak pengalaman semasa kita bersama. Maksudnya kita dikira beruntung juga kerana dapat berjumpa walaupun kita tidak mungkin bersama untuk selamanya. Amat menghargai kenangan bersama dengan kamu.

Wednesday, May 18, 2011

Masa

Masa yang berlalu tidak dapat berulang lagi dan semuanya tinggal kenangan. Jika diberikan pilihan tahun lepas adalah masa yang paling indah dalam hidup saya. Jika masa dapat diulang semula saya berharap dapat kembali pada tahun lepas tapi semuanya adalah mustahil. Bila difikirkan semula bukan semua benda dapat kita miliki dengan wang ringgit kerana bukan semuanya dapat dibeli menggunakan wang terutama cinta. Jadi hargailah waktu disebabkan waktu akan berjalan tanpa berhenti,jika terlepas masa itu semuanya tidak berguna lagi.

Friday, May 13, 2011

Kenangan

Kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah saat manis dengan orang yang sangat disayangi dan dicintai, Namun kadang-kadang orang cuba melupakan kenangan yang pernah dilalui.Sebenarnya amat sukar bila kita mencintai seseorang kita cuba untuk melupakannya,ini akan membuatkan kita mengalirkan air mata tanpa kita sedari.Walaubagaimana kita telah melupakan kenangan tersebut tentu ada sedikit kesan yang tinggal dalam diri kita.

Monday, April 4, 2011

Ronnie - Pejamkan Mata (lirik)




Lagu ini boleh didengar apabila anda ingin mengingati seseorang yang kamu sayangi walaupun dia telah berada jauh daripada kamu.Lagu ini bila kamu berpisah dengan dia kamu tetap akan ingat kepadanya kerana kenangan kamu dan dia tidak pernah terpadam walaupun sekian lama kerana memori yang pernah tercipta diantara kamu dan dia.Selamat mendengar

Wednesday, January 5, 2011

Cinta

Cinta itu indah bila anda telah jatuh cinta dengan seseorang.Anda tidak mempedulikan hal sekeliling anda,anda hanya merasakan dunia ini adalah milik kamu