Saturday, October 29, 2011

Aznil Hj Nawawi datang Sabah

Aznil Hj Nawawi datang ke Kota Kinabalu, Sabah bersama dengan Ray dan Haniff selama 5 hari. Jadi Riuh Pagi Era akan menerusi Era KK dan juga bersiaran menerusi webcast yang boleh melihat mereka secara live. Memang menyeronokkan melihat gelagat mereka di balik tabir. Best juga tengok mereka berjalan di sekitar Kota Kinabalu. Hari pertama mereka hanya di hotel disebabkan penerbangan mereka sampai jam 8.05 malam.

Hari kedua memang menyeronokkan kerana mereka ke Tunku Abdul Rahman Park untuk Pengalaman Sea Walking.


Gambar Pak Nil,Ray dan Haniff sebelum memulakan Sea Walking


Gambar Pak Nil semasa di Pulau Sapi

Lepas itu. Pak Nil ke Pusat Kraftangan,Menara Tun Mustapha, Signal Hill, dan lain-lain.Kemudian makan malam di Kg. Nelayan Seafood Restaurant anjuran Lembaga Pelancongan Sabah.


Gambar Pak Nil di Signal Hill

Wah hari ketiga, Pak Nil kembali bekerja di Riuh Pagi Era bersiaran di Era KK 102.4. Pak Nil memang lucu sekali kerana ingatkan datang sabah hanya duduk di hotel,makan dan shopping saja dan tidak membuat aktiviti. Jadi hari ini Pak Nil ke Kiulu untuk sukan White water rafting.


Gambar Pak Nil yang sedia untuk membuat White water rafting


Gambar ketika mula membuat White water rafting

Sempat lagi Pak Nil,Ray dan Haniff membuat lawatan dan makan malam di Mari Mari Cultural Village

Hari keempat tetap bersiaran seperti biasa dari Kota Kinabalu,Sabah. Hari ini ialah hari terakhir bagi Pak Nil,Ray dan Haniff masuk konti Era KK. Lucu betul bila tengok di live streaming apabila melihat kelakuan mereka yang lucu terutama ketika mereka memakai baju suku kaum di Sabah.


Ini adalah gambar ketika Pak Nil,Ray dan Haniff ketika bersiaran di Era Fm KK sambil memakai baju Suku kaum Sabah

Selepas Pak Nil,Ray dan Haniff tamat siaran di Era Fm KK mereka ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikut skuad Era KK. Kemudian mereka ke bahagian kaki Gunung Kinabalu.


Gambar Pak Nil di kaki Gunung Kinabalu

Semasa hari terakhir di KK. Pak Nil akan berjumpa dengan peminat-peminat di KK di 1 Borneo pada jam 12 tengahhari ini.

Gambar yang didalam blog ini diambil daripada fanpage Pak Nil ( AZNIL HJ NAWAWI ) dan juga gambar yang Pak Nil pamerkan di Twitter ( @aznilnawawiHM ).
Saya berharap 1 hari nanti saya dapat berjumpa dengan Pak Nil.

Sunday, October 9, 2011

Fikiran??

Membenci orang itu tapi rindu?? Aduhh susah kalau begitu. Makin dicuba untuk membenci tapi makin ingat dengan orang itu mungkin tidak harus membenci orang itu. Bila tidak benci,rindu itu makin lama akan makin hilang