Sunday, June 17, 2012

Perancangan atau kebetulan?

Selamat Hari Bapa kepada semua yang menyambutnya. Hari ini saya ada satu cerita ingin dikongsikan kepada semua. Tentu anda sayang terhadap bapa anda kan? Saya pun sayang juga dengan bapa saya kerana telah membesarkan saya hingga ke hari ini. Sebenarnya bukan cerita ini saya ingin cerita tapi cerita mengenai pernahkah anda mempunyai ayah angkat? Saya ada tapi tidak pernah jumpa secara bersemuka lagi. Betulkah ada? Baca artikel di bawah

Jadi, Tidak mengenali nama atau siapa diri orang itu sebenarnya pada pertama kali. Orang selalu kata mana mungkin saya tidak kenal sebab dia seorang yang dikenali ramai tapi sebenarnya baru kenal pada February tahun lepas maksudnya baru kenal hampir 1 tahun 4 bulan begitu.

Saya pernah sentuh perkara ini di artikel lalu juga, Mengenali diri orang itu melalui online radio Era Fm sebab saya tertarik mendengar suaranya dan ketawanya yang menampat hati seperti lama telah berkenalan. Kebetulan juga minggu ini rancangan On Air yang sedang bersiaran di Astro Ria juga merupakan tugasan radio. Balik kepada cerita. Siapa orang itu? Tentulah Aznil Hj Nawawi lebih mesra dipanggil sebagai Pak Nil.

Namun begitu saya tidak tahu lansung tidak mengenali pemilik suara yang hanya selalu menyebut namanya Pak Nil. Satu hari Pak Nil bercakap mengenai Akademi Fantasia 9 dan dia berkata akan menjadi pengacara untuk rancangan itu, Hairan pun ada sebab tidak tahu bahawa penyampai radio yang saya dengar ini merupakan pengacara tv.

Dipendekkan cerita bukalah rancangan Akademi Fantasia 9. Nampaklah hos yang mengacara rancangan itu dan dari situlah kisah bermula, Kenali rupa Pak Nil yang selalu didengar radio Era sahaja dan paling hebat yang buat saya terperanjat Pak Nil merupakan pengacara tv yang popular.

Mula satu kisah baru iaitu saya masuk ke Twitter pada bulan Julai dan cuba mencari nama Aznil disitulah saya dapat tweet dengan Pak Nil. Saya masih teringat tweet pertama saya hantar dan kali pertama itu juga dibalas oleh Pak Nil ketika itu Pak Nil berada di Pulau Langkawi untuk membuat pengambaran untuk Ada Sudir Ada PakNil.

Pada tahun ini bulan January 18 haribulan, Tweet yang paling saya suka bila saya bertanya Saya nak jadi angkat paknil boleh? dengan reply Boleh. Gembiralah sangat sangat tapi saya tidak tahu yang dia reply hanya sekadar kebetulan atau apa? tapi mana-mana sajalah yang penting saya dapat reply yang positif bukan yang negatif.

Kalau bagi Pak Nil yang membacanya saya ingin mengucapkan Selamat hari bapa. I love you papa


P/S: Cerita di atas hanya sekadar berkongsi pengalaman saja.  Bukan tujuan menunjuk-nunjuk atau berlagak