Wednesday, November 23, 2011

Aznil letak jawatan penyampai radio Era

Terbaca dalam surat khabar mengatakan Aznil telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Era untuk menumpukan perhatian kepada pengacaraan televisyen. Saya seperti tidak percaya apa yang telah saya baca. Tapi harus percaya sebab tertulis sedemikian. Bila membaca surat khabar tersebut teringat pula bagaimana mengenali Aznil. Hendak keluar dari topik Aznil meletakkan jawatan terlebih dahulu dan ingin bercerita bagaimana saya mengenali Aznil.

Baru mengenali Aznil atau lebih saya memanggilnya Pak Nil. Tidak juga baru mengenalinya. Saya kenal Pak Nil sejak bulan February tahun ini. Kalau diingat kembali kenapa baru saya kenal Pak Nil bulan February sedangkan Pak Nil berada dalam bidang pengacaraan selama 21 tahun. Sebabnya pun saya kurang tahu tapi seingat saya, Saya mengenalinya apabila terdengar suaranya di radio Era semasa saya buka radio Era Fm secara online kalau tidak silap saya jam 9.30 pagi begitu. Minat mendengar suara,gelak ketawanya tanpa mengenalinya. Pertama kali tidak tahu jam berapa Riuh Pagi Era ini mula siarannya. Cuba jam 8.00 pagi terdengar suaranya kelihatannya seperti awal sudah bersiaran. Jadi cuba untuk bangun awal untuk buka siaran radio Era kalau tidak silap saya jam 6.45 pagi. Sejak dari itu saya tahu Riuh Pagi Era yang ada mempunyai suara paknil mula jam 6.00 pagi. Mulalah satu rutin baru sampai hari ini iaitu bangun jam 5.00 pagi,5.30 pagi atau paling lewat jam 5.45 pagi mesti bangun nak dengar suara Pak Nil.

Mula tahu yang paknil ini ialah pengacara apabila Pak Nil mengatakan akan menjadi pengacara Akademi Fantasia 9. Tidak sangka yang paknil saya kenal ini ialah pengacara yang popular bukan sekadar penyampai radio. Setakat ini saja ceritanya. Kalau diceritakan lagi sungguh melucukan. Berbalik kepada topik yang asal. Aznil telah menjadi penyampai radio Era dari sejak tahun 2009 lagi dan bakal meninggalkan stesen radio Era hujung bulan ini.

No comments:

Post a Comment